Wednesday, February 4, 2009

Memori Di Sekolah Primer

Semasa di bangku sekolah rendah saya adalah salah seorang pelajar paling kecil di dalam kelas.
Saya juga agak lemah di dalam aktiviti olahraga atau sukan kerana kurang stamina. Saya tidak seperti kakak-kakak dan abang saya - (4 orang semuanya) yang aktif di dalam sukan olahraga atau permainan. Saya cuma aktif dalam pementasan dan choir atau nyanyian di sekolah dan menjadi pengawas semasa di darjah 6. Namun begitu saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat membanggakan ayahibu apabila mendapat tiga buah hadiah di tahun akhir di sekolah kecil itu.

School Building Overview - SWFLPS by SchoolPrincipalOkc

Abang dan kakak-kakak saya kesemuanya bersekolah di sekolah yang sama, SIS(1) manakala saya seorang sahaja bersekolah di sekolah SIS(2). Saya kekadang rasa tersisih bila ke sekolah, kerana berseorangan tanpa teman dan kurang aktif dalam olahraga, namun saya tetap bangga kerana kakak-kakak saya yang bertiga itu bukan sahaja aktif di padang malah juga pandai di dalam kelas. Mereka mewakili sekolah dan negeri di dalam MSSN, namun tetap excel dalam pelajaran.

Prestasi saya sederhana dalam kelas kerana ada yang lebih bijak dari saya, cuma masih top ten. Namun begitu sentiasa ada guru yang menganggap saya sebagai 'pet student' kerana perwatakan saya! Bukannya saya banyak bercakap dengan mereka pun tapi seolahnya ada satu daya tarikan yang menyebabkan guru bersimpati dan menyayangi saya! Guru-guru itu adalah guru lelaki dan rakan-rakan ayah saya. (Ayah juga seorang guru di sebuah sekolah menengah.) Tidaklah saya rasa sunyi kerana kakak dan abang tiada di sekolah yang sama kerana guru saya sentiasa mengawasi dan menjaga saya.

Saya mempunyai rakan perempuan yang ramai dan baik dengan saya. Lima di antaranya yang paling rapat dalam kelas yang sama ialah Azllynah, Marhaini, Faridah, Zainun dan Norliza. Sayangnya saya sudah lama terputus hubungan dengan salah seorang dari mereka. Lima dari mereka saya telah temui semula dalam laman sosial..fb, syukruliLlah. Rakan-rakan lain juga saya temui kembali dlm fb.

The Famous Five by Piratus

Semasa di darjah 4, saya telah menyertai lumba lari pecut 100m dalam sukan tahunan atas galakan guru kelas atau 'pet teacher'. Kerana mendapat tempat ke 3, saya telah mendapat satu piala kecil yang cantik. Tapi malangnya ia telah hilang sebelum sukan hari itu tamat kerana dicuri oleh seseorang. Itulah sesatunya hadiah 'cup' yang saya dapat dalam sukan di sekolah rendah tetapi ianya hilang pula - sudah tak ada rezeki! "Tak ngapa la", saya memujuk hati..namun saya rasa begitu sedih hari itu...! Sedangkan kakak-kakak saya masing-masing memenangi pelbagai medal dan 'cup' dengan banyaknya selama bertahun-tahun mereka berkecimpung di dalam sukan olahraga, iaitu lumba lari jarak dekat dan jauh.

Awards, cups and medals by glasgowopen


Saya terima seadanya diri saya kerana yang penting Allah telah merahmati saya dengan memanjangkan umur saya ketika kemalangan jalanraya di darjah 2 dulu. Saya telah cedera parah serta pengsan berlumuran darah di atas jalanraya di simpang jalan ke sekolah setelah dilanggar motorsikal. Syukur Allah masih memanjangkan nyawa saya. Saya banyak 'berhutang' kepada Allah kerana Dia telah mengurniakan pelbagai ni'mat kepada saya dari dulu sehingga kini..syukur alhamduliLlah.

No comments:

Post a Comment