Wednesday, April 29, 2009

Pics of Youths I know

























[18:10] When the youths took refuge in the cave, they said,
"Our Lord, shower us with Your mercy, and bless our affairs
with Your guidance."
[18:13] We narrate to you their history, truthfully. They
were youths who believed in their Lord, and we increased
their guidance.
[19:12] "O John, you shall uphold the scripture, strongly."
We endowed him with wisdom, even in his youth.
[21:60] They said, "We heard a youth threaten them; he is
called Abraham."

Monday, April 27, 2009

Dakwah Fardiah

Pesanan Khusus Dakwah Fardiah PDF Print E-mail
Written by Kamal Zharif

1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian, mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.

2. Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan dengannya.

3. Usaha dakwah mereke boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.

4. Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benarbenar dilaksanakan kepada mad’u satu-persatu secara tertib di atas, kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa yang disampaikan. Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai hubungan dan kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh; Apabila kita mengajak mad’u menyertai jemaah sedangkan dia tidak menerima tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh jemaah, maka dia tidak akan memenuhi ajakan tersebut.

5. Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan.

6. Perbincangan dengan pelaksanan dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktorfaktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalah untuk memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u.

7. Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua tuntutannya, usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran (syubhat) terhadap amal Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya juga mesti dilakukan. Ini dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di dalam dirinya dapat dikikis.

8. Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang menyahut seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya besar yang menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub yang memberikan galakan dan amaran banyak memberikan kesan kepada apa yang disampaikan oleh daie.

9. Para daie mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati sesama mereka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana merancang dan memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini.

10. Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalah-majalah. Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran untuk dijelaskan.

11. Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan tugas dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut, dijelaskan cara dan diikuti perkembangannya.

12. Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan, kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.

13. Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan keadaan, berbeza dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi tekanan dan rintangan.

14. Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan dengan mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti ceramah dan majlis ilmu kerana ia tidak melahirkan hubungan mesra secara langsung antara daie dan mad’u.

15. Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan dakwah secara praktikal; dakwah yang merupakan kewajiban yang paling utama.

16. Dakwah fardiah membekalkan daie dengan hasil dan bekalan yang akan membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya.

17. Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta penjelasan terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan dan kesamaran di dalam dirinya. Ini akan menyempurnakan pembentukan peribadinya.

18. Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah ini mampu mencapai angka yang berlipat ganda di dalam waktu yang singkat.

Monday, April 13, 2009

Krisis Rumahtangga

Krisis rumahtangga dalam sketsa kisah benar.

Seorang lelaki yang baik, beriman dan bertanggungjawab yang juga merupakan
suami dan bapa yang baik. Dia mungkin dianggap seorang yang kebal dari terjebak dengan masalah yang boleh menyebabkan krisis rumahtangga. Ini kerana dia dianggap alim serta dekat dengan Tuhan.

Tapi tidak semestinya begitu kerana Allah SWT telah berjanji semakin dekat seseorang dengan Allah semakin Allah akan mengujinya dengan ujian yang berat demi untuk melihat
sejauh mana ketabahan, keimanan dan kesabarannya menghadapi ujian yang didatangkannya itu.

Mawi + Ekin_Palace of Golden Horses by Idzwanjunaidi.


Ujian itu mungkin berupa seorang wanita cantik yang lain - bukan isterinya, samada dari kalangan gadis dara, seorang janda, atau pun isteri orang.


rozita che wan by www.mystarhill.com.


Begitu juga dengan seorang wanita yang baik, berakhlak dan sudah bersuami, ujian sedemikian – iaitu dengan kedatangan seorang lelaki yang muda, kaya atau kacak bergaya- juga boleh terkena kepadanya.

Jamal Abdillah by amirtahir


Sekiranya mereka sudah tahu ujian sebegini boleh dikenakan kepada mereka, tahulah bagaimana mereka boleh mengatasinya. Tetapi sekiranya mereka tidak mengetahuinya dan jahil akan mehnah rumahtangga sebegini, kebahagiaan rumahtangga mereka boleh hancur atau musnah dek kerana orang ketiga…!
Bijak dahulu membawa rahmat, bijak kemudian tiada berguna..

Sketsa 1:

Dengarlah lagu ini..
Kisah seorang lelaki yang menjual maruahnya kepada dosa dan wanita yang menggoda
hanya kerna mengikut nasfu semata..Dia sanggup melukakan isteri yg setia mencintainya..

Tuhan sengaja menduga kita,
menguji kesabaran manusia..
Engkau isteri yang ku sanjungi,
Lambang semangat cinta dunia..

Waktu engkau ku lupakan,
dalam kemarau cinta,
Betapa hatimu rela
Demi melihat ku bahgia..

Kau menahan segala seksa
Dihati hanya berdoa
Mengharapkan akukan pulang
Agar terang cahaya

Biar aku cium tanganmu,
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut di arus dosa,
Di laut ribut melanda...

Kanku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama..

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti..

---------------------------------------------------------------
Lelaki atau wanita lebihkurang sama sahaja dalam tersesat dari jalan yang terang, kecuali diceritakan dalam media lelaki lebih banyak mengguris hati dan mengecewakan wanita yang pernah dia kasihi.

mawi ekin by www.mystarhill.com.

Kerana itu kita melihat seakan-akannya lebih banyak janda dari duda, kerana lelaki sering tidak bertanggungjawab memperlakukan seorang wanita dengan buruk dan meninggalkan mereka demi untuk mencari wanita lain. Percayalah….Statistik menunjukkan kes-kes perceraian di mahkamah syariah banyak tertunggak kerana ramai lelaki yang tidak hadir untuk dihakimkan
kes mereka. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka terhadap sesesuatu perkara penting terutama berkaitan dengan wanita, (isteri, atau) bekas isteri mereka.

Kecuali dalam kes ini, lelaki merintih sedih..kerana isteri yang meminta perpisahan..!

Sketsa 2:

Agak berat sebenarnya untuk meluahkan apa yang terpendam di hati tetapi saya cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi rumah tangga kami. Saya bertugas sebagai pegawai dalam bidang ketenteraan. Perkenalan dengan isteri selama empat tahun sebelum diakhiri ke alam perkahwinan. Biasalah dalam perhubungan, ada pasang dan surutnya tetapi ia tidak menjejaskan sebuah perhubungan.

Namun segalanya mula berubah apabila di awal perkahwinan, saya mendapat tawaran mengikuti kursus ke luar negara dan hanya diberi masa dua jam untuk membuat keputusan. Setelah dipertimbangkan, saya bersetuju mengikuti kursus kerana isteri masih belajar ketika itu dan kami juga belum punya anak.

Malam saya memberitahunya, berlaku pergaduhan kecil antara kami. Maklumlah waktu singkat, kerja pula masih banyak yang belum diselesaikan, segalanya agak kelamkabut. Saya hanya ada masa luang tiga hari sebelum berlepas. Dalam tempoh itu juga saya pulang bersama isteri ke rumah mentua di Pantai Timur.

Ketika perjalanan balik ke ibu kota, sehari sebelum bertolak ke luar negara, isteri menyuruh saya agar tidak mengikuti kursus tersebut kerana katanya emosinya tidak stabil. Dalam kereta, beberapa kali dia mengugut untuk keluar dari kereta hingga memaksa saya berhenti seketika.

Memandangkan keadaannya tidak stabil, saya berpatah balik ke kampung isteri. Dalam perjalanan, isteri nekad turun dari kereta dan berjalan sejauh lima kilometer kerana memprotes. Berkali-kali juga dia meminta cerai. Saya akhirnya terpaksa terbang ke luar negara dari pantai timur dan terlewat sehari berbanding rakan setugas yang lain.

Semasa di sana, saya menyerahkan semua duit gaji untuk kegunaan isteri. Malah isteri juga ada mengunjungi saya semasa di luar negara. Sebelum saya pulang ke Malaysia, isteri memberitahu dia sangat stres hingga ditahan di wad dan ini memaksa saya memendekkan kursus sedia ada. Keluarga saya beranggapan isteri saya terlalu mengada-ngada dan tidak menyokong diri saya.

Berikutan itu berlaku salah faham dan ketegangan antara keduanya. Isteri pula kerap meminta agar dia diceraikan. Balik ke Malaysia, saya menyewa berdekatan rumah mentua. Sikap isteri pula semakin teruk, dia pernah beberapa kali mencederakan diri kerana tekanan. Saya dan anak kerap menjadi mangsa.

Saya pernah diludah oleh isteri dan dipaksa sujud ke kakinya malah kepala saya sendiri dipijak. Isteri memang panas baran dan kalau kami suami isteri bergaduh, dia mesti diberi peluang untuk menang. Jika tidak sayalah sasarannya. Terajang, penumbuk, digigit dan penampar adalah mainan biasa.

Dalam pada itu kesibukan kerja ada kalanya memaksa saya balik lewat malam. Pernah berlaku satu ketika isteri memaksa saya balik awal kerana katanya dia mahu berehat. Sekiranya saya pulang lewat dia meminta saya agar tidak balik terus kerana menyusahkannya.

Malam itu saya sampai ke rumah agak lewat. Malas untuk bergaduh, saya tidur di dalam kereta di depan rumah. Kira-kira jam 3.00 pagi, isteri datang dan mengajak saya masuk ke rumah. Berlaku pergaduhan antara kami dan kemuncaknya, saya menceraikan isteri dengan talak satu. Saya melafazkan cerai setelah isteri memintanya berpuluh kali. Dia terus terduduk dan diam seribu bahasa.

Namun memikirkan anak, sebulan kemudian, kami rujuk kembali. Ada satu lagi situasi bila kawan lelaki saya menumpang di rumah dan isteri bertindak memalukan saya di hadapannya. Ada juga tindakan ekstrem isteri yang datang ke tempat kerja dan membuat kecoh hanya kerana saya bertugas di saat akhir. Dia juga pernah membawa anak keluar dalam hujan lebat dan tidak membenarkan saya menumpangkan anak.

Balik ke rumah, isteri memberi kata dua, mengikut rentaknya tanpa kompromi atau bercerai saja. Masalah kewangan bukan soal dalam rumah tangga kami tetapi sikap panas baran isteri membuatkan segalanya agak kucar-kacir. Kami tidak ada masalah dalam hubungan kelamin. Tahun ini, sudah enam tahun kami berkahwin.

Kami pernah berbincang tentang masalah ini malah kes kami pernah dirujuk ke mahkamah tentera. Saya ada memberitahu isteri jika dia mahu hidup sendirian, dia boleh memfailkan perceraian tetapi isteri pula mahu saya yang berbuat demikian. Baru ini kecoh pula tentang isu saka dalam keluarganya di mana isteri merupakan pewaris dari nenek moyangnya.

Ketika marah, wajahnya agak menakutkan, menyeramkan dan sukar dikawal. Saya pula jenis yang agak “cool” dan tidak mudah cemas dalam semua keadaan. Saya menginginkan rumah tangga yang bahagia tetapi kata isteri, saya yang perlu berubah. Kalau kami bercerai, saya kasihan kepada anak-anak.

Kalau benar juga kami bercerai, isteri ada memberitahu dia tidak bersedia untuk menghadapi tekanan perasaan seorang diri. (kisah benar)

"Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka"

--------------------------------

Allah memberi jalan penyelesaiannya melalui
kalimah-kalimah sucinya di dalam Al Quran
Dalam surah An Nisa' Allah berfirman yang bermaksud:


[4:19] O you who believe, it is not lawful for you to inherit what the women leave behind, against their will. You shall not force them to give up anything you had given them, unless they commit a proven adultery. You shall treat them nicely. If you dislike them, you may dislike something wherein GOD has placed a lot of good.

[4:34] The men are made responsible for the women, and GOD has endowed them with certain qualities, and made them the bread earners. The righteous women will cheerfully accept this arrangement, since it is GOD's commandment, and honor their husbands during their absence. If you experience rebellion from the women, you shall first talk to them, then (you may use negative incentives like) deserting them in bed, then you may (as a last alternative) beat them. If they obey you, you are not permitted to transgress against them. GOD is Most High, Supreme.

Allah juga menerangkan dalam suratun Nur berkaitan wanita yang tidak boleh sewenangnya
dituduh sebagai seorang penzina kalau tiada saksi dari kalangan 4 orang yg beriman. Mereka juga di suruh menjauhi perasangka terhadap wanita yang baik.

[24:4] Those who accuse married women of adultery, then fail to produce four witnesses, you shall whip them eighty lashes, and do not accept any testimony from them; they are wicked.
[24:12] When you heard it, the believing men and the believing women should have had better thoughts about themselves, and should have said, "This is obviously a big lie."
[24:23] Surely, those who falsely accuse married women who are pious believers have incurred condemnation in this life and in the Hereafter; they have incurred a horrendous retribution.
[24:26] The bad women for the bad men, and the bad men for the bad women, and the good women for the good men, and the good men for the good women. The latter are innocent of such accusations. They have attained forgiveness and a generous reward.

Gejala zina dan krisis dalam rumhatangga boleh di atasi sekiranya lelaki menjaga pandangan
mereka dengan menundukkan mata mereka dari melihat wanita lain yang ajnabi dan menjaga maruah diri.

[24:30] Tell the believing men that they shall subdue their eyes (and not stare at the women), and to maintain their chastity. This is purer for them. GOD is fully Cognizant of everything they do.

duskadum Salman Khan by kabaki13


Sesungguhnya ALlah menjadikan lelaki munafiq untuk wanita munafiq. Mereka selalunya bersikap buruk dengan melakukan amar mungkar dan nahi ma'aruf. Ini diterangkan ALlah dalam suratul Taubah seperti berikut:

[9:67] The hypocrite men and the hypocrite women belong with each other - they advocate evil and prohibit righteousness, and they are stingy. They forgot GOD, so He forgot them. The hypocrites are truly wicked.
[9:68] GOD promises the hypocrite men and the hypocrite women, as well as the disbelievers, the fire of Hell, wherein they abide forever. It suffices them. GOD has condemned them; they have incurred an everlasting retribution.

Kesimpulannya lelaki beriman adalah untuk wanita beriman. Mereka sentiasa mengerjakan yang baik dan menjauhi yang mungkar. Merekalah yang berhak kekal bahagia di dalam sesuatu rumah tangga kerana mereka mengikut segala suruhan Allah. Mereka dijanjikan rahmat oleh ALlah yang maha kuasa lagi maha bijaksana.

[9:71] The believing men and women are allies of one another. They advocate righteousness and forbid evil, they observe the Contact Prayers (Salat) and give the obligatory charity (Zakat), and they obey GOD and His messenger. These will be showered by GOD's mercy. GOD is Almighty, Most Wise.

Happy Family - Couple Eizlan Yusof & Vieshanti with their baby daughter Viezaara by AzmanJumat Tel+(6) 0138895959 azj68@yahoo.com


Saturday, April 11, 2009

Pics Taken By Me n Hubby

Pics were taken during our ibadah umrah in 1429H.











I hope we cud come here again sometime soon, InsyaAllah.
I just love to be here...alhamdulillah..

Arabic

Alhamdulillah, Allah gives me some time to learn Arabic. It's self-learned also but this time I got it free online i.e from Babel Arabic url. It's also at the early stage. My lesson 11 is yet to be memorized or hafal in my mind. Here goes:

11. My local coffeeshop


Listen
Click to hear this sentence pronounced

fī fatra bacda z-zuhr 'uhibb 'an 'aqdi l-waqt maca

'asdaqā'i.

In the afternoons I love to spend time with my friends.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

nahnu nataqābil fī l-maqhā.

We meet in the coffeeshop.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

hunā 'astatīca 'an 'abqā tuwāla l-masā'.

Here I can stay all evening.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

nahnu nashrabu l-qahwa, nalcabu l-duwmīnuw, wa

natakallam.

We drink coffee, play domino, and talk.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

wa lākin cindamā yakūn butrus hunāk, 'anā 'ughādir.

But when Butros is there, I leave.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

cindamā yatakallam lā yastatīca 'ayyi shakhs 'an

yatakallam.

When he talks, nobody else can talk.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

'anā 'azunn 'annahu yuhibb samac sawtahu.

I think he loves to listen to his own voice.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

'al-'asdiqā'u l-'akharūn hum 'asdiqā' qudāmā.

The other friends are old friends.

Listen
Click to hear this sentence pronounced

hum mithla 'al-cā'ila.

They are like a family.

Word list for this lesson >>

Grammar: Personal pronouns

I'anâ
you (singular, masculin)'anta
you (singular, feminin)'anti
he, ithuwa
she, ithiya
they (plural, masculin)hum
they (plural, feminin)hunna
wenaHnu
There are of course more pronouns than these, but that will
be dealt with later.
----------------------

IF YOU ARE INTERESTED TO LEARN IT TOO, GO TO
http://looklex.com/babel/arabic
ARABIC IS THE LANGUAGE OF THE JANNAH DWELLERS,
SO IT'S HIGHLY DIGNIFIED.
HAPPY LEARNING!