Semasa saya kecil dulu, saya adalah anak kesayangan ayah. Entah mengapa ayah selalu memanjakan saya berbanding adik perempuan yang berbeza umur lima tahun dengan saya. Mungkin juga kerana saya menjadi anak bongsu selama lima tahun sebelum mendapat adik kemudiannya.
Ada pro dan konnya menjadi anak bongsu yang dimanjakan. Pronya ialah, saya dapat apa yang dicitakan, jarang dimarahi, dimanjakan dan disayangi, ke mana ayah pergi saya akan dibawa, walaupun tidak selalu kesnya begitu. Konnya ialah, saya akan diminta tolong buat sesuatu seperti memasak makanan kegemaran ayah, memijak belakang ayah, membeli barangan yang diminta dan seumpamanya. Saya tak berapa kisah buat itu semua, kerana bagi saya itu sebahagian yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa ayah.
Walaupun saya dimanjakan dari kecil oleh ayah, mak saya yang saya panggil Ma, turut juga sayang dan manjakan saya walaupun saya bukan lagi anak bongsu di masa itu. Saya tidak ingat satu pun peristiwa yang menyebabkan saya terasa hati dengan Ma, dan Ma jarang memarahi saya semasa kecil apatah lagi memukul saya. Mak saya ialah seorang yang sabar walaupun ada ketikanya dia memarahi saya, kakak dan abang. Tapi itu semua untuk memberi pengajaran supaya kami mempunyai budi pekerti yang baik.
Saya pernah bertanya pada Ma saya semasa dewasa adakah saya seorang anak yang nakal atau degil. Dia memberitahukan saya bukan anak yang nakal dan degil. Maksudnya anak yang baik lah..Syukur alhamdulillah...! Ya..mana kita boleh kawal tingkah laku kita semasa kecil. Kalau nakal dan degil, ia bisa terbawa-bawa dalam kehidupan kita semasa dewasa. Tapi sekali lagi, tingkahlaku kita boleh juga diubah dan diperbaiki, dengan syarat kita ada ilmu dan berusaha mengislahkan diri kita berterusan.
Saya ingat lagi semasa kecil, saya juga seorang yang sensitif. Pantang ayah tegur sedikit perbuatan saya, terutama masa makan, saya akan menangis tersedu-sedu perlahan-lahan menyukarkan saya makan. Sekarang jarang saya begitu kecuali saya teringat sendiri bagaimana sukarnya Muslim di Palestin mahu cari makanan semasa mereka digempur dan dibom Israel saat ini. Saya dan anak-anak di sini makan makanan yang enak-enak sehingga perut terlalu kenyang. Kekadang lauk dan makanan lain berlebihan sehingga terpaksa dibuang-buang! Saya tidak suka hipokrisi ini..! Oleh itu saya cuba minimize kan masakan dan pembelian makanan supaya tidak sampai terjadi pembuangan apa-apa makanan. Kalau ada yang lebih juga, saya akan bagi kucing loreng, atau stray alleycats.
No comments:
Post a Comment